Create your own banner at mybannermaker.com!

Followers

Tuesday, September 28, 2010

kelas kek Di annes Cooking

Assalamulaikaum..pada 26 hb yang lalu, telah mengikuti kelas membuat kek. ini adalah kelas pertama yang aku hadiri. memang best ikut kelas ni. walaupun pada mulanya rasa kekok, sebab tiada kawan, tapi oklah tu.
kelas yang dihadiri ini adalah kelas membuat kek doll barbie dan kek basket flower. pada mulanya memang keras tangan nk buat bentuk yg d ajar oleh chef..tapi alhamdulillah, dah cuba bolahlah sikit-sikit. ni adalah beberapa gambar yang sempat d ambil semasa kelas diadakan.


seramai 9 orang peserta yang mengikuti kelas ni. yuran bayaran sebanyak rm 180. pastu kena beli beberapa peralatan lain. seperti patung barbie tu. kelas bermula pada pukul 9.00 pagi. rehat pukul 12.15. kemudain sambung pukul 1.00 semula.



ni adalah kek basket flower. peserta diajar membuat bunga ros. bunga yang dibuat sendiri macam tidak menjadi. tapi untuk permulaan, kira oklah mungkin.






sempat berposing kejap. Insya Allah kalau ada kelas lagi, mo joint. tapi kena kumpul uwang dulu..ya ongkosnya agak mahal ya...he.he




terima kasih kerana membaca..

Thursday, September 16, 2010

projek 2


assalamualaikum,..ini adalah projek ke 2 buat kek..kali ni buat kek span..ikutlah resepi dalam buku..masa lepas masak tu, macam ok.lembut saja kek tu..tapi bila sudah letak krim..masuk dalam peti sejuk, kek tu jadi keras pula..rasa pun, emm..entahlah..kureng banyak .tapi Insya Allah kelemahan tu akan cuba di atasi pada masa akan datang. ni adalah krim yang dibuat hari tu.krim agak lembut..jadi mau buat bunga ros pun agak susah, bukan agak susah..tapi memang susah betul..tambah lagi baru mau belajar..


hari tu, p beli pewarna untuk kek di Mall yang terkenal d sini..tapi kebanyakan pewarna yang di beli tidak boleh digunakan.warna tu tak cantik.last2 beli pewarna di kedai kek..


ok
kali ni gunakan warna kuning dan jugak biru.ingatkan mau buatkan bunga ros sekali, tapi bunga ros tu tak menjadi..macam yang diceritakan tadilah. tapi usaha tangga kejayaan.terus mencuba sehingga berjaya..chayok2....


ni lah peralatan basic yang digunakan..oven pun kecik saja..terpaksa guna loyang yang bersaiz kecik sahaja.



nilah kek yang dihasilkan.memang payah mau letak krim di atas kek ni.memang tidak mahir kan. kek tu jadi tidak kemas.memandangkan proses ni dibuat pada waktu malam, mata pun sudah mengantuk..jadi 'mood' pun hilang. buat mana yang termampu saja.



Inilah hasilnya....walaupun tidak kemas..tapi bolehlah, peringkat kampung.he.he


emmrrr..cam sedap..tapi bila suda makan, emmm..memang kureng banyakkkk....


selamat menjamu selera...kek ni dekat seminggu, masih lagi belum habis d makan.lagipun d rumah tu, cuma ada beberapa orang saja..last2 kena kirim di kampung..



nilah rupanya kek tu bila sudah di potong......


tamat..percubaan kali ni memang tidak berjaya .....lain kali cuba lagi....tapi habis jga..ada mangsa kena suruh makan..he.he

terima kasih kerana membaca...