ASSALAMUALAIKUM
Akhir-akhir macam banyak pula idea untuk kembangkan perniagaan. Semangat berkobar-kobar. Memang best kalau berangan. Tapi lepas tu macam patah semangat pula kalau fikirkan masalah-masalah atau risiko yang akan timbul.
Ok, antara idea yang timbul..
1) Join vendor yang ada
Ni sudah intai-intai..sudah tanya tokei vendor tu..macam ok juga. sewa untuk jual kek RM150 sebulan sebab letak chiller dalam kedai tu...emm masih fikir2 dulu.Kawan cakap mahal..masih dalam pertimbangan.
2) Deal dengan restoran (Sewa tapak)
Ni masih dalam otak. Belum ada usaha lagi nak kontek siapa-siapa untuk tanya.Idea ni memang orang lain sudah buat. Tumpang chiller dalam restoran tu.Macam best jugakla. Tapi kena ada sorang pekerja yan jaga. Sebab tak kan nak harap tokei atau pekerja kedai tu pulak yang serve kan. Lagi pun dan sewa tapak saja namanya.
3) Letak Kat Kantin Ofis.
Ni lama sudah nak buat. Tapi masih jugak tak terlaksana.Emm..masih boleh cuba ni
4) Biz di pasar (malam/siang)
In Shaa Allah diusahakan. mudahan dipermudahkan.
5) Cari ruang untuk disewa
Aa yang ni pernah cuba. Telefon owver ruangan kosong dalam sebuat supermarkat yang agak glemer jugakla disini.. risik punya risik..mak aii..sewa sebualan RM3000..ruang tu cukup2 untuk sebuah meja ja..memang kompomla tak jadi..
6) Jual d FB/Group Watsap
Ni memang ada buat jugak. tapi iklan sikit2 saja. sebab takut pula tak mampu buat kalo terlebih promosi..heheh..perasan kejap.
7) Last-last jual d rumah sajala.
Setakat ni memang beroperasi dirumah saja. itu pun part time saja. sebab masih full time kerja. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan bejaya buka biz sendiri.Kalau dah ada order dari costumer d ofis..memang rasa macam makcik-makcik.bawa beg besar. Lepas tu terpaksa naik bas lagi. Naik ofis pun jauh jugak dari terminal bas. Memang jadi 'tagap' jugakla sekejap.Tapi kalau dah dapat hasilnya, memang hilang rasa penat..alhamdulillah..hati gumbira..Nasib sudah minat..kalau tidak, memang tak akanla sanggup bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi buat kek..
itu sajala catatan untuk kali ini...
wassalam
No comments:
Post a Comment