Followers

Wednesday, September 30, 2015

Cupcake

freshkrim kiwi fruit

cupcake tiramisu

cupcake buttercream


kek tiramisu and da geng

cupcake buttercream

cupcake buttercream

cupcake buttercream



cupcake freshkrim wit coklate love

cupcake wit fondant

Idea Bisniz-bisniz

ASSALAMUALAIKUM

Akhir-akhir  macam banyak pula idea untuk kembangkan perniagaan. Semangat berkobar-kobar. Memang best kalau berangan. Tapi lepas tu macam patah semangat pula kalau fikirkan masalah-masalah atau risiko yang akan timbul. 

Ok, antara idea yang timbul..

1) Join vendor yang ada
 Ni sudah intai-intai..sudah tanya tokei vendor tu..macam ok juga. sewa untuk jual kek RM150 sebulan sebab letak chiller dalam kedai tu...emm masih fikir2 dulu.Kawan cakap mahal..masih dalam pertimbangan.

2) Deal dengan restoran (Sewa tapak)
Ni masih dalam otak. Belum ada usaha lagi nak kontek siapa-siapa untuk tanya.Idea ni memang orang lain sudah buat. Tumpang chiller dalam restoran tu.Macam best jugakla. Tapi kena ada sorang pekerja yan jaga. Sebab tak kan nak harap tokei atau pekerja kedai tu pulak yang serve kan. Lagi pun dan sewa tapak saja namanya.

3) Letak Kat Kantin Ofis.
Ni lama sudah nak buat. Tapi masih jugak tak terlaksana.Emm..masih boleh cuba ni

4) Biz di pasar (malam/siang)
In Shaa Allah diusahakan. mudahan dipermudahkan.

5) Cari ruang untuk disewa
Aa yang ni pernah cuba. Telefon owver ruangan kosong dalam sebuat supermarkat yang agak glemer jugakla disini.. risik punya risik..mak aii..sewa sebualan RM3000..ruang tu cukup2 untuk sebuah meja ja..memang kompomla tak jadi..

6) Jual d FB/Group Watsap
Ni memang ada buat jugak. tapi iklan sikit2 saja. sebab takut pula tak mampu buat kalo terlebih promosi..heheh..perasan kejap. 

7) Last-last jual d rumah sajala. 
Setakat ni memang beroperasi dirumah saja. itu pun part time saja. sebab masih full time kerja. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan bejaya buka biz sendiri.Kalau dah ada order dari costumer d ofis..memang rasa macam makcik-makcik.bawa beg besar. Lepas tu terpaksa naik bas lagi. Naik ofis pun jauh jugak dari terminal bas. Memang jadi 'tagap' jugakla sekejap.Tapi kalau dah dapat hasilnya, memang hilang rasa penat..alhamdulillah..hati gumbira..Nasib sudah minat..kalau tidak, memang tak akanla sanggup bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi buat kek..

itu sajala catatan untuk kali ini...

wassalam


Monday, September 28, 2015

kek ku yang hancus


ASSALAMUALAIKUM..

cerita ni sudah lama berlaku..masa tu Hafiy Zuhdi mungkin baru berumur 3 Tahun..Malam tu excited buat kek untuk kazen. sempena UPSR yang baru selesai..Alhamdulillah..siap juga keknya..Kek freshkrim coctail.Kek ni akan dibawa ke rumah makcik Hjh Jainab..pusat 'pengumpulan' ahli keluarga..hehe.nak buat kenduri sambil santai-santai famili..ok habis satu bab..



TADAAAAA

Ke esokan paginya..tadaaaa.....heran dengan muka comot hafiy zuhdi...tangan penuh krim..naaa..memang sah and kompom..ni budak cemerlang sudah kacau kek dalam esbok....adoiiiii...........sabar sajalah..menyesal tak snap gambar kek yang sudah siap..ingat nak ambil ke esokanya..rupanya..tak sempat..

retak seribu
 naaa..sabar sajalah...........
nila muka budak tak bersalah ni...

TINGGAL SEPARUH
potong bahagian mana yang rosak..lepas tu bawa jugak kek tu ke rumah makcik..hentam sajala labu..habis jugak kek tu..alhamdulillah...........begitula al kisahnya......

wasssalam.....

my wedding cakes





kek buttercream



kek buttercream







Gambar kek freshkrim







kek KEMAS

Assalamualaikum:




ini adalah kek yang ditempah oleh sorang costumer merangkap pamily di kampung. 'pakcik andi'..kek ni khas untuk tabika KEMAS pekan Bukit Garam....tulisannya tu memang agak 'centak' jugak.he.he..belum cun baa....




sudahla tulisanya tu banyak mau di tulis...itulah 'practise make perfect'....kek ni disiapkan di kampung..jadi terpaksala berangkut semua peralatan ke kampung..meriah jugakla..penuh bonet kereta..di tambah lagi beg pakaian yang sentiasa banyak walaupun cuma semalam tidur di kampung....




kek ni siap2 masak di bandar....so tinggal deco saja bila d kampung..start deco dalam pukul 10pm gitu....ingat boleh siap awal..rupanya pukul 4 juga baru dapat tidur...hua..hua...apa ndaknya..banyak iklan betull..itulah cabaran namanya....




semoga berpuas hati dengan kek yang disediakan ini...

p/s: Gambar tak sempat uplod..





wassalam

snow cheese






Tuesday, September 22, 2015

catatan 2015

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dialam fana ini..ini adalah catatan pertama bagi tahun 2015...macam sudah berhabuk blog ni tanpa update apa2 aktiviti atau sebarang info..

Alhmadulillah tahun ni bertambah lagi ahli power renger..hehe..alhamdulillah,,tak sangka juga masih lagi boleh ada beby..dengan adanya Muhammad Wafiq menyerikan lagi dunia kami.Walaupun pelbagai dugaan..alhamdulillah semuanya dapat dilalui..

Aktiviti membaking pun memang agak slow semasa mengandung.Selepas bersalin sudah mula aktif semula memandangkan beby terpaksa di jaga dikampung buat sementara.Ketiadaan 'Beby sitter'.

Sepanjang 2015 ini tidak lagi pernah mengikuti sebarang kelas d Annes Cooking tempat mula2 menimba ilmu dulu..memang pada masa itu zero.Masa mengikuti kelas tu memang rasa rendah diri, sebab kebanyakan pelajar yg join kelas tu memang sudah pernah join, tahu dunia bakery dan kenal antara satu sama lain..

Tapi alhamdulillah bermula dari kelas pertama, terus praktikan apa yang diajar.syukur sehingga sekarang masih lagi mempraktikkan ilmu yang diajar. Tahun ni juga mengikuti kelas dari sifu yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ni.Kelas MAMA FAIZ..setakat ni sudah dua kali mengikuti kelas beliau..memang best..ada masa nanti masukkan juga gambar kelas2 yang pernah di ikuti. MAMA FAIZ ni memang sekampung juga.senior masa sekolah dulu. Tapi baru tahun ni dapat mengikuti kelas beliau.Alhamdullah..

Tahun ni juga mengikuti kelas kawan dalam FB.Olly namanya.Tinggal area Sandakan juga.belajar kek jelly. Alhamdullillah.Memang best juga kelas ni. enjoy. Tapi setakat ni belum berkesempatan untuk membuat kek jelly lagi. In shaa Allah ada kelapangan akan dibuat juga.

Selepas buat postmotem balik, memang banyak yang perlu diperbaiki dari segi kualiti deco kek.memang perlu 'PRACTICE MAKE PERFECT'.Dari segi rasa pula..alhamdulillah memang masih terjaga kualiti.. Sebab biasa selepas aktiviti jual beli, saya akan minta respon balik rasa kek tu. Takut tidak menepati citarasa.Alhamdulillah berkat komen kawan2 terutama buat sahabat Haliza Ghazali..ma kasih banyak2.Sebab sebelum ini beliau dan famili la yang rajin buat komen2 membina terhadap rasa atau deco kek..Walaupun kadang2 pedas..tapi syukur mampu meningkatkan kualiti product..terima kasih banyak2. Juga buat suami Abdul Rahman yang dikasihi..terima kasih sebab selalu bagi motivasi.Bagi pandangan walaupun kadang2 situsi panas.hehe..semoga usaha ini diberkati.

Menjadi seorang ibu, seorang pekerja kepada bos, menjadi pekerja kepada diri sendiri..memang mencabar.Terpaksa terkejar2 untuk menyiapkan tempahan kek sekiranya waktu bekerja.bersengkang mata.Namun setelah mendapat hasilnya..hilang segala kepenatan.

Kalau ikutkan hati memang ingin berhenti kerja..buat biz ni sepenuh masa.Tapi biz belum kukuh disamping economi yang agak tidak stabil sekarang ini....hutang PTPTN belum langsai.hehe..In shaa Allah mungkin ini adalah percaturan yang telah ditetapkan oleh OlehNya. Ada hikmah disebaliknya..Semoga tercapai hasrat untuk mempunyai bakery sendiri sebagai bakery Muslim yang berkualiti dan dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.

Panjang pula coretan kali ni...banyak idea sebenarnya setelah sekian lama tidak mencoret2..itu sajala untuk catatan kali ini...semoga tidak boring membaca..

wassalam
There was an error in this gadget