Create your own banner at mybannermaker.com!

Followers

Tuesday, September 22, 2015

catatan 2015

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dialam fana ini..ini adalah catatan pertama bagi tahun 2015...macam sudah berhabuk blog ni tanpa update apa2 aktiviti atau sebarang info..

Alhmadulillah tahun ni bertambah lagi ahli power renger..hehe..alhamdulillah,,tak sangka juga masih lagi boleh ada beby..dengan adanya Muhammad Wafiq menyerikan lagi dunia kami.Walaupun pelbagai dugaan..alhamdulillah semuanya dapat dilalui..

Aktiviti membaking pun memang agak slow semasa mengandung.Selepas bersalin sudah mula aktif semula memandangkan beby terpaksa di jaga dikampung buat sementara.Ketiadaan 'Beby sitter'.

Sepanjang 2015 ini tidak lagi pernah mengikuti sebarang kelas d Annes Cooking tempat mula2 menimba ilmu dulu..memang pada masa itu zero.Masa mengikuti kelas tu memang rasa rendah diri, sebab kebanyakan pelajar yg join kelas tu memang sudah pernah join, tahu dunia bakery dan kenal antara satu sama lain..

Tapi alhamdulillah bermula dari kelas pertama, terus praktikan apa yang diajar.syukur sehingga sekarang masih lagi mempraktikkan ilmu yang diajar. Tahun ni juga mengikuti kelas dari sifu yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ni.Kelas MAMA FAIZ..setakat ni sudah dua kali mengikuti kelas beliau..memang best..ada masa nanti masukkan juga gambar kelas2 yang pernah di ikuti. MAMA FAIZ ni memang sekampung juga.senior masa sekolah dulu. Tapi baru tahun ni dapat mengikuti kelas beliau.Alhamdullah..

Tahun ni juga mengikuti kelas kawan dalam FB.Olly namanya.Tinggal area Sandakan juga.belajar kek jelly. Alhamdullillah.Memang best juga kelas ni. enjoy. Tapi setakat ni belum berkesempatan untuk membuat kek jelly lagi. In shaa Allah ada kelapangan akan dibuat juga.

Selepas buat postmotem balik, memang banyak yang perlu diperbaiki dari segi kualiti deco kek.memang perlu 'PRACTICE MAKE PERFECT'.Dari segi rasa pula..alhamdulillah memang masih terjaga kualiti.. Sebab biasa selepas aktiviti jual beli, saya akan minta respon balik rasa kek tu. Takut tidak menepati citarasa.Alhamdulillah berkat komen kawan2 terutama buat sahabat Haliza Ghazali..ma kasih banyak2.Sebab sebelum ini beliau dan famili la yang rajin buat komen2 membina terhadap rasa atau deco kek..Walaupun kadang2 pedas..tapi syukur mampu meningkatkan kualiti product..terima kasih banyak2. Juga buat suami Abdul Rahman yang dikasihi..terima kasih sebab selalu bagi motivasi.Bagi pandangan walaupun kadang2 situsi panas.hehe..semoga usaha ini diberkati.

Menjadi seorang ibu, seorang pekerja kepada bos, menjadi pekerja kepada diri sendiri..memang mencabar.Terpaksa terkejar2 untuk menyiapkan tempahan kek sekiranya waktu bekerja.bersengkang mata.Namun setelah mendapat hasilnya..hilang segala kepenatan.

Kalau ikutkan hati memang ingin berhenti kerja..buat biz ni sepenuh masa.Tapi biz belum kukuh disamping economi yang agak tidak stabil sekarang ini....hutang PTPTN belum langsai.hehe..In shaa Allah mungkin ini adalah percaturan yang telah ditetapkan oleh OlehNya. Ada hikmah disebaliknya..Semoga tercapai hasrat untuk mempunyai bakery sendiri sebagai bakery Muslim yang berkualiti dan dapat diteruskan oleh generasi seterusnya.

Panjang pula coretan kali ni...banyak idea sebenarnya setelah sekian lama tidak mencoret2..itu sajala untuk catatan kali ini...semoga tidak boring membaca..

wassalam

No comments:

Post a Comment