Create your own banner at mybannermaker.com!

Followers

Tuesday, September 28, 2010

kelas kek Di annes Cooking

Assalamulaikaum..pada 26 hb yang lalu, telah mengikuti kelas membuat kek. ini adalah kelas pertama yang aku hadiri. memang best ikut kelas ni. walaupun pada mulanya rasa kekok, sebab tiada kawan, tapi oklah tu.
kelas yang dihadiri ini adalah kelas membuat kek doll barbie dan kek basket flower. pada mulanya memang keras tangan nk buat bentuk yg d ajar oleh chef..tapi alhamdulillah, dah cuba bolahlah sikit-sikit. ni adalah beberapa gambar yang sempat d ambil semasa kelas diadakan.


seramai 9 orang peserta yang mengikuti kelas ni. yuran bayaran sebanyak rm 180. pastu kena beli beberapa peralatan lain. seperti patung barbie tu. kelas bermula pada pukul 9.00 pagi. rehat pukul 12.15. kemudain sambung pukul 1.00 semula.



ni adalah kek basket flower. peserta diajar membuat bunga ros. bunga yang dibuat sendiri macam tidak menjadi. tapi untuk permulaan, kira oklah mungkin.






sempat berposing kejap. Insya Allah kalau ada kelas lagi, mo joint. tapi kena kumpul uwang dulu..ya ongkosnya agak mahal ya...he.he




terima kasih kerana membaca..

No comments:

Post a Comment