Followers

Tuesday, January 8, 2013

resepi creampuff


Assalamualaikum…

Kali ini  mau kongsi membuat resepi creampuff..

Sebenarnya sudah lama nda buat creampuff ni…last buat hari tu, nda ingat sudah……memang kalau nda cun macam aku ni, memang payah juga …
Seingat dalam memori aku, macam 4-6 kali juga try buat creampuff ni..akhirnya menjadi juga..alhamdulilah…..percubaan pertama, memang keras creampuff tu..lepas tu nda kembang pula….mcm lempeng sudah kejadianya…tapi syukurla..cuba punya cuba..punya cuba…jadi juga akhirnya…………….

Jadi ini resepi yang sempat di kongsikan. Ni pun cari dari internet juga..nda ingat sudah dari blog siapa….hari tu salin saja resepi ni…tpi mcam dari blog resepi.com…selamat mencuba…

Bahan:

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Masukkan air dalam bekas.didihkan atas api. Masukkan butter. Apabila sudah sebati dan mendidih, matikan api. Masukkan tepung tadi. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Hidupkan semula api, kacau lagi sehingga agak nipis tepung tu..
Ginila kejadianya setelah dicampur air, butter and tepung tadi















Rehatkan sekejap adunan tadi, kemudian masukkan telur. Pukul dengan mixer sehingga sebati.

masukkan telur

Masukkan adunan tadi dalam piping beg. Gunakan nozel star. Saiz, agak2la besarnya.Lupa mo ambil gambar dekat rupa nozel tu. Hampir terlupa,adunan tu kira ok suda bila kita angkat adunan tu jadi mcm elastik sikit.


Pipe kan adunan tadi di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan majerin. 
pipekan macam gini murid2..he.he..mcm ja campiun


Pastu renjis2 gan air sikit. Bakar selama 25 minit suhu 180. Ada juga yang bakar 15 minit pertama guna api bawah.Lepas tu selebihnya bakar api atas bawah..aku main hentam saja. Janji masak..nampak kuning2 suda, na oklah tu…






 ok itu sajala resepi kali ini..untuk cream custard nanti kita share lain kali....wasalam....
warna kekuningan..kira okla tu.








No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget